Write For Us

Isa Samad didakwa 10 tuduhan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didakwa dengan satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan tuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah kira-kira RM3 juta, berkaitan dengan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Isa Samad, didakwa telah meluluskan pembelian sebuah hotel tanpa kelulusan oleh ahli lembaga pengarah Felda dan menerima rasuah daripada sebuah syarikat sebagai insentif untuk membantu mendapatkan kelulusan pembelian hotel berkenaan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Felda, di ibu negara antara April 2014 dan September 2015.
Pertuduhan terhadap beliau dibuat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda, serta Seksyen 16a(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah rasuah, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Beliau dibenarkan diikat jamin RM800,000 dengan seorang penjamin dan passportnya diserahkan kepada mahkamah.
Kes itu disebut semula pada 25 Januari depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment