Write For Us

Ismail Sabri ucap terima kasih pada polis berjaya tahan 2 pemimpin DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Pemimpin pembangkang mahu polis meneruskan siasatan terhadap pemimpin DAP yang diberkas kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan dan berharap polis tidak takut meneruskan siasatan berkenaan tidak kira sesiapapun yang terlibat baik menteri mahupun timbalan menteri.
“Kami ingin ucapkan tahniah kepada polis kerana berjaya membuat tangkapan terhadap kumpulan militan yang terlibat LTTE termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP.
“Isu ini serius kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. Tak wajar kalau Malaysia dijadikan pangkalan untuk pergerakan kumpulan LTTE,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen petang tadi.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, pembangkang juga kesal apabila DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyatakan beliau mendapat jaminan polis bahawa tiada tangkapan lain akan dibuat terhadap pemimpin DAP.
“Ini merupakan campur tangan dan ugutan kepada polis kerana ia melibatkan menteri. Saya harap pihak polis tak berasa tertekan, tak rasa bimbang dengan kenyataan beliau (Guan Eng).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment