Kusaini Kassim, peserta konvoi BERSIH yang ditendang anggota gerakan Baju Merah pada Sabtu lalu berkata beliau tidak tahu nasib yang bakal menimpanya jika tidak diselamatkan seorang anggota trafik.
Kusaini, 49 tahun berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada anggota keselamatan berkenaan yang bertugas di tempat kejadian ketika itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini Kusaini menceritakan beliau dan rakannya menyertai Konvoi Bersih 5 di sekitar Sabak Bernam Selangor, sebelum memutuskan untuk pulang awal kerana urusan keluarga. ()
Bagi mengelak terlanggar ahli kumpulan terbabit, Kusaini membuat keputusan memberhentikan motosikal Kawasaki ER6 yang ditunggangnya di bahu jalan, manakala rakannya sempat berpatah balik.
Disaat berhenti, motosikalnya terjatuh dan geng Baju Merah mula menarik bahu dan menyerangnya serta membaling telur ke arahnya.
Kusaini berkata beliau bimbang melihat jumlah anggota kumpulan itu dan membuat keputusan untuk tidak melawan, sebaliknya berharap ada pihak yang akan membantunya.
Ditanya mengenai tindakan anggota kumpulan itu menendangnya, Kusaini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Susulan kejadian itu, Kusaini membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam dan turut menjalani pemeriksaan kesihatan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment