Write For Us

Isteri, ibu sambut Adam di pintu masuk mahkamah

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
133 Views
Published
Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta untuk pendakwaan tuduhan memberi dokumen dan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adam yang tiba dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9.05 minit, disambut oleh isteri dan anggota keluarganya di pintu kompleks mahkamah.
Adam yang diiringi pegawai SPRM, kemudian dibawa masuk ke bilik Mahkamah Sesyen 14 untuk pendakwaan.
Adam dijangka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Seksyen 32 (8) (c) adalah berkenaan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan manakala Seksyen 89 adalah berhubung memalsukan sesuatu dokumen.
Kedua-dua kesalahan membawa denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Adam ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya pada 13 April lalu dan direman sejak 14 April bagi membantu melengkapkan siasatan kes itu.
Maklumat terbaru, SPRM juga menyebut suruhanjaya itu turut menyita rumahnya di Ampang yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment