Write For Us

'Happy birthday', 'Ubah Sabah' sambut Shafie di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Puluhan penyokong Presiden Warisan Shafie Apdal hadir di perkarangan mahkamah Kota Kinabalu sekitar jam 2.20 petang tadi.
Para penyokong tersebut berkumpul dan menyanyikan 'happy birthday' kepada Syafie.
Selain itu, mereka turut melaungkan "Ubah Sabah" dan demokrasi.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu yang menyambut ulang tahun ke-60 hari ini tidak memakai pakaian reman kerana beliau baru saja keluar dari hospital Queen Elizabeth kira-kira 30 minit sebelum itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Shafie selepas beliau memberi keterangannya berkaitan siasatan agensi itu terhadap penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan ketika beliau menjadi menteri kementerian berkenaan.
Beliau ditahan selepas hampir empat jam disoal siasat di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment