Write For Us

Isu 2 surat kontrak palsu, Kementerian Pertahanan lapor polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Satu laporan polis dibuat hari ini berkenaan dua surat palsu berkaitan perolehan kontrak di Kementerian Pertahanan.
Pegawai Tugas-tugas Khas 2 Kepada Menteri Pertahanan, Rafizal Ali berkata pihaknya terpaksa membuat tindakan lanjut bagi mengelak sebarang kesan dan akibat yang tidak baik daripada pemalsuan penyalahgunaan nama menteri, pejabat menteri dan kementerian ekoran kedua-dua surat palsu tersebut.
Menurut Rafizal, surat pertama bertarikh 9 Disember 2018, dari sebuah syarikat berpengkalan di Kelantan itu memohon sokongan khas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berhubung pembekalan perabot bagi Angkatan Tentera Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada media di luar perkarangan Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas surat kedua pula, Rafizal berkata ia dari Bahagian Perbendeharaan dan Audit, Unit Pentadbiran Awam, Jabatan Tentera Laut yang menawarkan pembekalan perkhidmatan bas dan kenderaan untuk markas Angkatan Tentera kepada sebuah syarikat di Kedah bertarikh 17 Januari 2019.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment