Seorang exco Pemuda Umno Malaysia membuat laporan polis berhubung penggunaan kepala surat palsu kononnya dihantar Datuk Seri Najib Razak mendapatkan sokongan daripada sektor korporat sempena pilihan raya umum.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Surat dimaksudkan itu bertarikh 6 April memaparkan kepala surat Pejabat Perdana Menteri serta diiringi tandatangan Najib.
Ia didakwa dihantar kepada pegawai atasan syarikat automotif serta pembinaan.
"Dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak lama lagi, saya ingin menggunakan wadah ini untuk mendekati diri dengan merendah diri kepada anda bagi mendapatkan sokongan dan kesetiaan anda.
"Dengan personaliti yang ramah seperti diri anda di belakang, saya yakin kita akan mencapai sesuatu yang hebat dengan bekerjasama," kata surat itu.
Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin, yang membuat laporan polis hari ini berkata, surat berkenaan bertujuan memburuk-burukkan integriti Najib dan Pejabat Perdana Menteri.
Nazir yang menerima surat berkenaan pada Jumaat lalu berkata, beliau menghubungi sendiri Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan pengesahan.
Katanya, walaupun hanya mendapat sepucuk surat berkenaan, beliau yakin ada badan korporat dan individu lain menerima surat didakwa palsu itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment