Write For Us

Isu Bangsa Johor: 'Sesuatu yang Tun M tidak dapat hargai atau jiwai'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyanggah kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor, sambil pandangannya selari dengan Sultan Johor.
Kata Khaled, kebangkitan nasionalisma - dalam apa cara sekalipun - tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan dari Persekutuan Malaysia.
Katanya, Johor sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubngan eratnya dengan kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah di mana ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum.
Justeru Khaled beranggapan Mahathir tidak perlu bercakap malah mengulas mengenai perkara yang bukan jadi bidang kearifannya kerana ia sesuatu yang Mahathir tidak dapat hargai atau jiwai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment