Write For Us

MB perjelas beza 'Bangsa Johor' dan 'Team Johor'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
Istilah 'Team Johor' bukan merupakan usaha menidakkan gagasan 'Bangsa Johor' yang diguna pakai di negeri ini sejak sekian lama sebaliknya ia secara jelas membawa maksud berbeza.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata 'Team Johor' merupakan istilah untuk mewakili mereka yang bersetuju memegang aspirasi dan objektif bersama dalam usaha memajukan Johor.
"Bangsa Johor...adalah memang semua orang merupakan Bangsa Johor tetapi 'Team Johor' adalah mereka yang bersetuju memegang aspirasi dan objektif bersama untuk memajukan Johor.
"Amat malang di sini (Persidangan Dewan Undangan Negeri), saya terpaksa menerangkan makna Bangsa Johor dengan 'Team Johor'," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Aminolhuda Hassan (Amanah-Parit Yaani) berhubung istilah 'Team Johor' yang didakwa seperti mahu menidakkan gagasan Bangsa Johor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata persoalan yang dilemparkan pihak pembangkang berhubung istilah 'Team Johor' jelas menunjukkan mereka tidak mahu bersama-sama dalam pasukan bagi memajukan negeri.
"Apabila Yang Berhormat (Aminolhuda) kata sudah cukup ada Bangsa Johor dan tidak perlu 'Team Johor', maka, jelas Yang Berhormat memang tidak mahu menyertai Team Johor'. Terima kasih," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment