Write For Us

Isu kapal LCS 'Saya orang pertama bangkitkan nasib pembekal projek - Zambry

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
Calon BN di parlimen Lumut Zambry Abdul Kadir berkata bahawa dia antara orang pertama yang membangkitkan isu nasib hampir 400 pembekal terkesan akibat pemberhentian projek pembelian enam kapal LCS bernilai RM9 bilion.

Mengulas dengan lebih lanjut, dia memohon kepada kerajaan agar apabila berbicara soal LCS ini jangan lupa ada lebih 400 pembekal yang terkesan.

Bekas menteri besar Perak itu diminta mengulas mengenai kenyataan pencabarnya Mohd Hatta Md Ramli bahawa LCS memberi kesan yang amat meluas di kerusi parlimen Lumut.

Jawatankuasa PAC dalam laporannya Ogos lalu mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada sebuah syarikat yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment