Write For Us

Isu khatan bayi perempuan akan dibincang dengan kementerian kesihatan - TPM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kritikan terhadap amalan berkhatan di kalangan bayi perempuan di negara ini sedang dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan.
Beliau mengulangi pendirian kementeriannya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa amalan itu hanya melibatkan bayi dan lebih bersifat budaya.
“Kami sedang dalam perbincangan dengan kementerian kesihatan, kerana ia sebenarnya lebih kepada budaya yang telah diamalkan sejak sekian lama.
“Tetapi amalan kita (berkhatan di kalangan perempuan) tidak sama dengan yang diamalkan di Afrika.
“Tetapi kita tetap akan membincangkan hal ini dan menelitinya. Kalau tiada apa-apa faedah daripadanya, maka kita patut berbuat sesuatu,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.
Semalam, Suhakam menyelar pembentangan Laporan Berkala Sejagat (UPR) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada PBB sebagai memberi maklumat tidak tepat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment