Write For Us

PERKASA failkan notis tuntutan terhadap Kementerian Kesihatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini memfailkan notis tuntutan terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Notis tuntutan tersebut dibuat ekoran pelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi jawatan kontrak pegawai perubatan gred UD41 di KKM.
Tuntutan tersebut bagi tidak membenarkan KKM menguatkuasakan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Julai dilapor berkata, graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.
Kata Noor Hisham, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu.
Beliau berkata calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan juga perlu lulus BM di peringkat SPM.
Bagaimanapun, selepas mendapat bantahan dari pelbagai pihak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil meminta menteri berkenaan menjelaskan kepada kabinet.
Manakala, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan laporan mengenainya esok.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment