Write For Us

Penternak bantah notis Sime Darby, hantar memo ke Kementerian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Seramai lebih 100 penternak dari empat buah negeri iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor menghantar memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya, hari ini.
R. Vijaygandi, AJK Jaringan Penternak Malaysia berkata seramai 1000 penternak merangkumi lembu, kerbau, kambing dan biri-biri di 4 buah negeri terbabit telah menerima “Notis Larangan Ternakan Memasuki Kawasan Ladang Milik SimeDarby Untuk Meragut” daripada SimeDarby pada bulan April lalu.
Jelas Vijay, notis ini telah mengganggu aktiviti ternakan mereka kerana mereka mendapat ancaman pengusiran.
“Padahal generasi kami sudah menternak di ladang-ladang ini sudah hampir 40-80 tahun. Tetapi sekarang kami digelar penceroboh oleh SimeDarby,” kata Vijay.
Vijay juga risau sekiranya pengusiran ini berjaya, maka mereka tidak dapat menternak lagi dan akan menjejaskan keluaran daging tempatan di Malaysia.
Dia juga berkata pihaknya sudah menghantar notis kepada pihak SimeDarby pada Ogos lalu namun tidak menerima apa-apa jawapan.
Terdahulu, memorandum yang dihantar kepada kementerian mempunyai empat tuntutan telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Menteri Pertanian, Sulaiman Kaiat di hadapan pintu masuk Wisma Tani.
Antara tuntutan itu ialah meminta campurtangan menteri mencari penyelesaian secepat mungkin, gesa pihak Sime Darby menarik balik notis larangan, dan beberapa yang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment