Write For Us

Sime Darby Oils, HUKM buat ujian klinikal rawatan hati

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Sime Darby Oils (SDO) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan ujian klinikal komprehensif pertama dunia bagi rawatan hati berlemak menggunakan Tocotrienols.
Tocotrienols adalah sumber antioksidan dalam keluarga vitamin E dari minyak sawit, yang boleh digunakan sebagai pendekatan terapeutik bagi rawatan Penyakit Hati Berlemak Tanpa Alkohol (NAFLD).
Pengarah Urusan SDO, Mohd Haris Mohd Arshad, berkata kerjasama itu berpotensi membuka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi itu pada masa akan datang.
Beliau berkata, langkah itu juga boleh menjadi pemangkin bagi SDO untuk melaksanakan penyelidikan lanjut mengenai isu kesihatan manusia sejajar dengan hasrat syarikat untuk mempelbagaikan aktiviti dan peluang perniagaan perladangan hilirannya.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian antara SDO dan UKM di Petaling Jaya, pada Selasa.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment