Write For Us

Isu NFC: Muhyiddin bidas Puad

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas kembali Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi yang mendakwa dirinya berdiam diri berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC).
Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu, beliau mengakui terlibat menandatangani projek berkenaan semasa menjadi menteri pertanian.
Namun, Muhyiddin berkata namanya langsung tidak dikaitkan dalam kes berkenaan.
Sehubungan itu Muhyiddin berkata, Puad sepatutnya tidak membangkitkan persoalan terhadap anggota parlimen Pagoh itu tetapi beliau perlu mengajukan soalan kepada pihak yang mengusahakan projek tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment