Write For Us

Isu Palestin: 'Walau kita sering berbalah, kita jadi sehati sejiwa' - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
10 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun pihak kerajaan dan pembangkang sering berbalah mengenai pelbagai isu namun isu Palestin membuatkan mereka bersatu.

Zahid berkata perjuangan membebaskan tanah dan hak rakyat Palestin akan tetap menjadi salah satu tunjang keutamaan dasar luar kerajaan Malaysia.

Zahid turut menegaskan Malaysia kekal berpendirian bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel, dikembalikan tanah dirampas dan membentuk negara merdeka serta berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Katanya, Malaysia terbuka dan akan terus menyokong segala usaha konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=giYy7Gktoak
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment