Write For Us

Isu parti baru Muhyiddin: Tak tahu, tak ada bincang, kata Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak tahu menahu mengenai keanggotaan ahli parti yang bakal ditubuhkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tak tahu, tak ada bincang. Bukan parti saya macam mana saya nak tahu.
"Parti saya PKR, saya rapat dengan semua orang satu Malaysia," kata Azmin selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Sepang sebentar tadi.
Bekas ketua pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin minggu lalu mengesahkan bahawa keanggotaan parti yang bakal ditubuhkan Muhyiddin hanya akan dibuka kepada kaum bumiputera.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment