Write For Us

Doakan parti baru diluluskan, kata Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
197 Views
Published
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.
Ini sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai langkah seterusnya selepas dipecat dari Umno.
Dalam tulisan di Facebooknya, Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
Beliau juga berharap agar permohonan parti baru ini akan diluluskan.
Muhyiddin turut berkongsi beberapa keping gambar di mesyuarat itu yang dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.
Turut hadir ialah presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan pelajar, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment