Write For Us

Isu pencen penjawat awam: KJ jelaskan cadangannya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjelaskan cadangannya supaya memansuhkan pencen penjawat awam adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan, demi menjaga fiskal negara.

Menjelas lanjut, Khairy berkata bagi penjawat awam yang sudah berkhidmat sebagai pegawai tetap ketika ini layak mendapat pencen.

Khairy dalam episod terbaru podcastnya bertajuk Keluar Sekejap menjelaskan reformasi sistem pencen harus dilakukan supaya kewangan negara lebih mampan.

Terdahulu Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, melalui rancangan podcast Keluar Sekejap bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi supaya membatalkan pencen Ahli Parlimen dan menghapuskan pencen penjawat awam.

Bagaimanapun, Khairy dalam kenyataannya itu menyebut supaya pencen kakitangan awam baharu saja yang ditiadakan, contohnya selepas satu tarikh yang ditetapkan dan dimasukkan ke dalam KWSP.

sumber: https://www.youtube.com/watch?v=LuufTs7qgD8
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment