Write For Us

M'sia ada 1.59j penjawat awam setakat Jan 2017

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu terdapat 1.59 juta orang penjawat awam dan 47,281 orang pegawai kontrak sehingga 1 Januari 2017.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri SK Devamany berkata, peruntukan emolumen bagi kakitangan kerajaan pada tahun ini pula adalah sebanyak RM77.4 bilion.
Menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai jumlah kakitangan awam dan pegawai kontrak, Devamany berkata kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi kawalan saiz perkhidmatan awam.
"Ia termasuk mewujudkan jawatan baharu secara tukar ganti dan penjajaran jawatan, pengisian kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan," katanya.
Kepada soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu hasil daripada langkah penjimatan berhemah oleh kerajaan, beliau berkata beberapa usaha mitigasi dilaksanakan terhadap penjawatan dan rasionalisasi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment