Sungguhpun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati maklumat berhubung dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada UMNO adalah tidak jelas, parti itu tetap akan menyaman pemimpin AMANAH, Datuk Husam Musa.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata oleh kerana Husam telah menuduh PAS, pemimpin itu perlu mengemukakan bukti.
Jelas Tuan Ibrahim, saman itu dibuat pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis kesyukuran bersempena kejayaan Himpunan 355 di Taman Melewar malam tadi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dalam sesi jawapan bertulis di Parlimen bahawa penilaian jawatankuasa mendapati tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.
Laman pembocor maklumat Sarawak Report pada Ogos lalu mendakwa terdapat “spekulasi meluas” bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun, Husam Musa berkata wang itu dimasukkan ke akaun di Bank Affin, tanpa mendedahkan maklumat lanjut.
PAS menafikan dakwaan itu dan melantik peguam di United Kingdom (UK) untuk menyaman pengendali Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown yang beroperasi daripada London.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment