Write For Us

Isu RM90 juta: PAS fokus laporan polis pada Husam, saman nanti dulu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
PAS menyatakan pihaknya kini dalam usaha membuat laporan polis di seluruh negara terhadap ADUN Salor, Datuk Husam Musa berkaitan dakwaan bahawa parti Islam itu yang telah menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Ir Khairil Nizam Khirudin berkata pihaknya mefokuskan laporan polis terlebih dahulu berbanding saman yang pernah dinyatakan sebelum ini setelah mendapat pandangan dari pihak guaman parti Islam itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Husam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.
Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.
Beliau yang dipecat daripada PAS pada Mei tahun lalu atas dakwaan melanggar disiplin membayangkan butiran mengenai dana itu akan muncul menjelang pilihan raya umum akan datang.
Minggu lalu, Tuan Ibrahim berkata PAS menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat laman web Sarawak Report sebelum ini.
Dalam pada itu, Khairil menafikan bahawa Mursyidul Am PAS Hashim Jasin memiliki sebuah kereta Porsche seperti tular di media sosial.
Sebaliknya beliau berkata kereta mewah itu mungkin dimiliki oleh sanak saudara Hashim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment