Write For Us

Putrajaya, polis failkan saman sita pada Najib dan Rosmah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Kerajaan dan pihak polis memfailkan dua saman perlucuthakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta, termasuk 27 kereta mewah dan hartanah daripada mereka yang terlibat.
The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas barang-barang itu, yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.
Sumber yang dipetik berkata ia adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga tahun lepas di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan, termasuk Bukit Bintang.
Notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.
Perisytiharan kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.
Difahamkan, Supt Foo Wei Min, yang mengetuai Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dalam operasi dan penyiasatan, mengesahkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta berkenaan.
Unit itu juga dikatakan dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan, lapor The Edge.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment