Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepadanya sebagai khidmat menjadi pendakwa utama dalam sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Shafee, beliau menyifatkan dakwaan itu mengarut dan perkara itu sudahpun dibawa ke mahkamah.
"Itu dakwaan mengarut. Saya tidak akan ulas kerana perkara itu telah dibawa ke mahkamah.
"Saya akan jumpa Anwar di mahkamah mengenai isu RM9.5 juta. Kita lihat sama ada dia benar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita di luar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melalui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.
KiniTV tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.
Najib sebelum ini berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Anwar berhubung pembabitannya dalam penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin, Shafee menjelaskan bekas timbalan perdana menteri itu boleh berkata apa saja.
"Anwar boleh kata apa saja yang dia suka.
"Saya takkan ulas perkara itu kerana ia penuh dengan mengarut," katanya.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment