Dua ahli parlimen PKR hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan sejumlah RM9.5 juta dibayar kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan kes Liwat II antara 2013 dan 2014.
Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata SPRM dijangka akan memberi maklum balas berhubung isu itu dalam 7 hari bekerja.
Shamsul Iskandar berkata demikian ketika ditemui di luar perkarangan bangunan SPRM di Putrajaya.
Turut hadir, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan beberapa penyokong pembangkang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment