Write For Us

'SPRM dah siasat' - Tok Mat nafi salah laku pindah RM10 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang salah laku apabila beliau memindahkan RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata terserah Yang Dipertua DUN Zulkefly Mohamad Omar untuk melaporkan hal berkenaan sekali lagi kepada SPRM.
"SPRM sudah buat siasatan. Terpulang kepada pihak berkuasa. Saya telah didapati tidak bersalah.
"Tiada penyalahgunaan kuasa atau saya buat sesuatu yang tidak baik.
"Saya beli apartment di London (dengan wang itu)," kata Mohamad pada sidang akhbar di Rantau hari ini.
Ketika berceramah malam tadi, Zulkefly mempersoalkan mengapa SPRM tidak mengambil tindakan terhadap Mohamad, yang pada 2008 didakwa melanggar undang-undang perbankan dengan memindahkan RM10 juta ke London melalui pengurup wang.
Pejabat Peguam Negara di bawah pemerintahan BN tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mohamad, sebaliknya bertindak terhadap pengurup wang berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment