Write For Us

Isu sorok beras: ‘Task Force’ bukan sengaja sasar Kedah - Timb Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata kerajaan bukan sengaja untuk menyasarkan Kedah melalui Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan.

Menurut Chan, siasatan dijalankan kerana negeri tersebut merupakan ‘jelapang padi’ kepada Malaysia, namun beliau juga mengesahkan bahawa Johor juga menjadi sasaran pasukan petugas khas selepas Kedah.

Katanya lagi, pasukan petugas khas tersebut diwujudkan bagi mengenal pasti sama ada berlaku insiden sorok beras ataupun tidak seperti yang didakwa dalam oleh sesetengah pihak.

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen mengenai isu ini pada sesi Kamar Khas semasa persidangan Dewan Rakyat pada hari ini.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=ITaiMryPJz8
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment