Write For Us

'Itu bukan zaman saya Pengerusi Felcra!', Tajuddin beritahu Timb Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr. Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan kepada dewan rakyat bahawa kekangan kewangan yang dialami Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) adalah kerana memasuki perniagaan bukan bidang asal Felcra.
Radzi menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanya adakah salah satu kerugian yang dialami oleh Felcra adalah kerana pelaburan pembanguanan di jalan semarak.
Sebelum itu Ahli PArlimen Pasir Salak inginkan kepastian mengapa bantuan sara hidup peserta Felcra dipotong memandangkan pada zamanya sebagai pengerusi dahulu ia merekodkan keuntungan sehingga RM3 bilion.
Menjawab soalan itu, Radzi menegaskan Felcra hanya mengambil langkah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada peserta berikutan kedudukan syarikat yang lemah. Ia juga berikutan kejatuhan harga komoditi dan cabaran isu legasi yang diwarisi oleh pentadbiran terdahulu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment