Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituntut bertindak secara profesional dalam siasatan semula skandal pemberian tanah Kampung Sungai Yu, di Tanjung Karang Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pihaknya mahu siasatan dilakukan tanpa campur tangan eksekutif atau semata-mata berdasarkan laporan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar.
“Seperti yang saya tegaskan, kita mahu agensi penguatkuasa termasuk SPRM bertindak secara profesional dan tidak dipengaruhi mana-mana tangan eksekutif.
“Ini bukan soal buka atau tutup (kes) tetapi bertindak secara profesional, jangan ikut arahan Noh Omar,” kata Azmin kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Seksyen 24, Shah Alam, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment