Pemasangan tanglung di sekolah bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bukan isu perkauman kerana masyarakat berbilang kaum di negara ini menyambut pelbagai jenis perayaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sejak negara mengecapi kemerdekaan, tidak pernah timbul isu berkaitan pemasangan tanglung dan semua masyarakat menghormati serta meraikan perayaan itu.
Katanya, isu perayaan juga tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh memecah-belahkan kaum kerana sebagai sebuah negara yang stabil, perayaan seharusnya dijadikan faktor untuk merapatkan hubungan antara semua.
“Tahun baharu juga kita sambut dan Tahun Baharu Cina juga kita sambut dan perayaan ini diserikan lagi dengan tanglung yang saya sendiri kagum.
“Sejarah tanglung sebenarnya mengenai seorang gadis yang memasang api di dalam kertas lalu wujudlah tanglung. Ia adalah satu budaya masyarakat Cina yang saya fikir tidak mempunyai masalah.
“Jangan jadikan isu ini sebagai satu perkara yang akan memecah-belahkan negara kerana wawasan kita termasuk Jemaah Menteri pada tahun tahun 2020 bukan sahaja mahu menjadikan negara ini maju tetapi harmoni,” katanya dalam sidang akhbar.
Beliau hadir bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Air Tanah Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah untuk memasang semula tanglung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 yang diarahkan diturunkan oleh pihak berkuasa.
Turut hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, Isu tanglung di sekolah itu menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa ia dipasang secara berlebihan serta dikaitkan konon ia usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam di situ.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment