Write For Us

TPM nasihat pasang tanglung di sekolah tiada masalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Hiasan perayaan yang tidak melibatkan hal keselamatan tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh menjejaskan budaya majmuk negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, dekorasi hiasan sambutan Tahun Baru Cina seperti tanglung adalah perkara biasa yang diamalkan sebagai tradisi masyarakat Cina.
"Jangan jadikan ia isu yang boleh pecah belah keharmonian. Kita ada banyak persamaan.
“Selama kita merdeka tidak pernah jadi isu tentang tanglung. Kalau atas dasar keselamatan, kita boleh pertimbang tetapi kalau sudah jadi tradisi, ia tidak jadi masalah," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1, Pusat Bandar Puchong di sini semalam.
Lawatan beliau itu susulan isu hiasan sambutan Tahun Baru Cina di sekolah berkenaan yang didakwa bersifat keagamaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment