Write For Us

Isu TMJ tegur, ini jawapan KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas berhubung teguran Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai ketidakhadiran menteri itu ketika perlawanan Piala FA 2017 berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei lalu.
"Saya rasa tidak ada apa-apa kebaikan yang boleh datang daripada saya menjawab isu tersebut," kata Khairy.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan watikah kepada Parlimen Belia hari ini.
- TMJ tegur KJ
Terdahulu, dalam kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata orang ramai tertanya-tanya di manakah menteri belia dan sukan itu ketika perlawanan sukan utama tanah air berlangsung.
"Pada pendapat saya, beliau sepatutnya menjadi antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini," katanya.
Menurut TMJ, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.
Bagaimanapun, pada pandangannya, menteri terbabit sepatutnya memberi keutamaan pada perlawanan akhir Piala FA itu.
"Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi Askar Wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan," tegas Tunku Ismail.
Perlawanan akhir Piala FA 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei lalu lalu menyaksikan pasukan Kedah bertemu Pahang.
Ia turut disaksikan tiga kerabat diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.
Perlawanan sengit dan menghiburkan itu berakhir dengan skukad Helang Merah menundukkan Tok Gajah 3-2.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment