Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa terkejut dengan jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kegagalan syarikat 1MDB membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC hanyalah soal teknikal.
Mahfuz membidas Najib dengan mendakwa 1MDB sudah tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
Mahfuz mengulas kenyataan Najib yang menjawab soalan Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pembayaran yang tidak dilunaskan semalam itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara ini.
- "Bukan soal tak mampu bayar balik" Najib jawab Wan Azizah
Terdahulu, Najib berkata 1MDB mampu membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
“Soal 1MDB telahpun dikeluarkan kenyataan, maka ini soal teknikal sahaja bukan soal tidak mampu bayar balik.
“Maka dijangka tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi negara,” kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment