Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan mengenai isu saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang kini dilihat mengundang spekulasi dan persepsi buruk terhadap negera.
"Itu banyak statement. Saya dah keluar statement hari itu melalui PMO," kata Najib.
Bagaimanapun, Najib berkata tidak akan saman DOJ berhubung isu tersebut.
"Siapa nak saman, no more statement," kata Najib dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Najib hadir menyampaikan kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di PPA1M Selasih Presint 17, Putrajaya.
Ini susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Ahad lalu, yang mencabar DOJ melakukan pendakwaan jika benar agensi penguat kuasa AS itu memiliki bukti berkaitan dana 1MDB.
Hishammuddin juga menyatakan keraguannya mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1 apabila isteri individu terbabit kini turut dibabitkan dalam skandal agensi pelaburan negara.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment