Write For Us

Wartawan tanya Mohamaddin kenapa cakap jurugambar 'rubbish, idiot'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Sidang akhbar Parti Warisan di parlimen terganggu sebentar dengan soalan beberapa wartawan terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.
Ia susulan kejadian lebih awal hari ini apabila menteri berkenaan didakwa memarahi beberapa jurugambar.
Pada masa itu Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mengadakan sidang akhbar di parlimen berhubung keputusan mahkamah dalam kes Musa Aman di mana beliau diiringi semua menteri dari Warisan, termasuk Mohamaddin.
ementara itu, Shafie dan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking cuba mengendalikan semula sidang akhbar berkenaan dengan bertanya kepada pemberita sama ada mempunyai soalan lain.
Jurugambar daripada beberapa organisasi berita berbeza mendakwa kira-kira sejam sebelum sidang akhbar tersebut, mereka mengambil gambar Mohamaddin ketika menteri itu berjalan di lobi Parlimen.
Bagaimanapun Mohamaddin dikatakan mendekati mereka dan memarahi jurugambar tersebut.
Jurufoto terbabit berkata mereka tidak pasti apa yang dirujuk Mohamaddin apabila dia berkata begitu.
Setiausaha Akhbar Mohamaddin kemudian memanggil jurugambar berkenaan selepas sidang akhbar untuk meminta maaf kepada mereka.
Mohamaddin menafikan perkataan idiot dan rubbish kepada jurufoto media terbabit
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment