Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan tarikh pengundian selewat-lewatnya pada hari pertama Januari tahun depan.
Menerusi satu kenyataan media , Mahfuz berkata pengumuman awal tarikh pembubaran dan tarikh mengundi penting supaya rakyat dapat membuat persediaan dan tidak terlepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Kata MAhfuz lagi, Najib Razak tidak perlu takut menghadapi 'hari perhitungan' dari rakyat dan sepatutnya sistem pilihan raya di Malaysia seharusnya lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen
Menurut pemimpin PAS itu, pengumuman awal sangat penting untuk memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat seperti masyrakat Cina yang akan menyambut tahun baru dan umat Islam yang mahu mengerjakan ibadah umrah.
PRU-14 mesti dilaksanakan pada tahun 2018 memandangkan Dewan Rakyat akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun 2018.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment