Write For Us

'Isu Tun M diejek, Reformis perlu bergerak ke hadapan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berharap agar kumpulan reformis dapat bergerak ke hadapan ketika ini untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang mengulas mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendapat sorakan dan diejek semasa Konvensyen Reformis Sabtu lalu berkata, setiap orang perlu berlapang dada seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya untuk bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan perdana menteri.
"Saya yakin bukan mudah mereka (reformis) untuk terima (Mahathir) begitu sahaja. Kita faham sentimen mereka. Bagaimanapun kita harap Mahathir sebagai bekas perdana menteri, kita hormatinya kerana kita sekarang ada agenda yang sama untuk turunkan Najib.
"Jadi kita perlu bekerjasama. Semua pihak harap berlapang dada seperti yang ditunjukkan Datuk Seri Anwar dan keluarganya.
"Kalau pahit bagi reformis, sudah tentu lagi pahit tuan punya badan (Anwar)," katanya kepada pemberita selepas forum 'Wujudkah Demokrasi di Malaysia?' di Shah Alam hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment