Write For Us

'Itu tak betul'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak khabar angin mengenai pakatan pilihan raya rahsia dengan Umno untuk menjamin kemenangan PAS di Kelantan dan menyifatkan ia sebagai tidak betul.
"Saya rasa ia tidak berpijak kerana kita akan bertanding di semua kerusi. Banyak mana kita nak bertanding lawan Umno kalau nak bincang dengan dia, itu tak betul.
"Mestilah berpijak dengan kenyataan.
"Kita boleh bercakap mengenai Palestin dan Rohingya (dengan Umno). Tetapi ketika datang ke pengundian, kita nak berlawan. Kami nak melawan semua, "katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
Beliau menjawab soalan selepas merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor sempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini.
Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini menolak khabar angin yang sama pada Ogos tahun lalu, berikutan laporan oleh Straits Times Singapura.
Menurut laporan itu, Hadi sentiasa berhubung dengan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memastikan kemenangan PAS di Kelantan dan kemenangan Umno di Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment