Write For Us

Jaja 'cerita seks' modal utama kem Najib serang Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dakwaan mengenai 'kecurangannya dengan isteri orang lain' membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada ‘cerita seks’ untuk mempertahankan perdana menteri.
Muhyiddin mengulas kenyataan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang berkata Muhyiddin tidak boleh dipercayai kerana curang terhadap isterinya.
Ini susulan Muhyiddin mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan kepadanya bahawa akaun bank Najib mempunyai RM1 bilion, walaupun sebelum "derma politik" RM2.6 bilion.
Beliau merujuk tulisan blogger Raja Petra Kamaruddin yang menerbitkan suatu akuan bersumpah berhubung dakwaan berkenaan.
Dalam SD itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin, mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin sejak beliau menjadi menteri besar Johor.
Bagaimanapun Muhyiddin mengulangi dakwaan ‘tidak senonoh’ ke atasnya adalah adalah tidak benar dan kerajaan tidak sepatutnya menjejaskan perhatian rakyat terhadap skandal Najib.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment