Write For Us

Jakim puji dasar McD

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuji dasar McDonald’s yang hanya membenarkan kek hari jadi diperakui halal dibawa masuk ke restoran mereka.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Datuk Othman Mustapha berpandangan polisi yang dibangunkan oleh pihak McDonald’s adalah merupakan inisiatif yang baik serta komitmen yang tinggi syarikat dalam usaha pengawalan jaminan halal di semua premis McDonald’s berteraskan Sistem Jaminan Halal.
Katanya, perkara itu bukanlah luar kebiasaan kerana menjadi amalan di kebanyakan premis makanan berangkai yang mengamalkan dasar tiada makanan luar.
Menurutnya lagi, Jakim menghargai keprihatinan pihak media dan masyarakat awam terhadap isu-isu halal di negara ini.
Jakim juga berharap agar semua pihak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib sekiranya berlaku sesuatu polemik berkaitan dengan isu halal terutama yang sering tular di laman sosial.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap permohonan maaf McDonald’s, yang antaranya menjelaskan tiada niat mendriskriminasi pelanggan dan akan meneruskan dasar itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment