Write For Us

Jamal dakwa JDT punca Harimau Malaya merosot

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Kemerosotan prestasi dan ranking skuad Harimau Malaya adalah disebabkan tonggak kebangsaan seakan hilang sentuhan apabila mereka beraksi bersama pasukan kebangsaan.
Datuk Jamal Nasir Ismail berkata ini berlaku kerana penghijrahan pemain bintang tempatan ke pasukan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti dilaporkan ruangan arena Harian Metro semalam.
Bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980 itu berkata JDT menghimpunkan semua pemain hebat tempatan tetapi sekadar memanaskan bangku simpanan adalah cukup merugikan pasukan kebangsaan.
“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.
“Tetapi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain sama dan import sama dalam setiap aksi.
“Mana perginya pemain bintang tempatan yang suatu ketika cukup menyerlah bersama pasukan lama. Tapi, sebaik ke sana (JDT), mereka jarang bermain dan akhirnya sentuhan juga turut hilang".
Selain itu Jamal turut mengatakan pemain kini sudah tiada semangat juang tinggi bermain demi maruah negara sebaliknya terperangkap dengan istilah bola sepak moden yang meletakkan duit sebagai keutamaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment