Write For Us

Jamal direman 3 hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama 7 pengikutnya direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di hadapan bangunan SUK di Shah Alam, semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.
Terdahulu, Jamal bersama tujuh pengikutnya ditahan kira-kira jam 1.45 pagi hari ini, di Sekinchan, Sabak Bernam.
Penahanan itu dibuat selepas polis menerima aduan daripada pengawal keselamatan.
Siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan satu kemudaratan awam ekoran tingkah laku yg dilakukan oleh peserta perhimpunan.
Semalam, Jamal dan pengikut membawa kira-kira 10 kotak berisi botol bir dan memecahkan kesemua botol tersebut dengan menggunakan sebatang penukul simen di hadapan pintu pagar utama sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment