Write For Us

Jamal direman 5 hari, sempat laung "tauke judi kebal"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
Beliau ditahan semalam berkaitan serbuan yang dilakukan terhadap premis yang didakwanya sarang perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.
Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret Mohd Firdaus Saidina Ali, yang akan berakhir Selasa depan.
"Tauke judi kebal," jerit Jamal ketika melangkah keluar dari mahkamah majistret Ampang, hari ini.
Kira-kira 15 penyokong beliau turut hadir dan menunggu di luar bilik mahkamah sepanjang prosiding reman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment