Write For Us

Jamal ke luar negara bukan elak siasatan, jelas peguam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Penasihat Undang-undang kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos mengesahkan pihak polis kini sedang menunggu kepulangan
Ketua Gerakan Baju Merah itu daripada luar negara untuk direkod kenyataannya.
Bagaimanapun, peguam Mohd Imran Tamrin berkata tindakan itu hanyalah untuk membantu siasatan dan polis sedia maklum keberadaan Jamal.
"Polis ingin rekod kenyataan Jamal untuk membantu siasatan saja dan sekarang beliau ada urusan dan tugas dia yang lain. Jadi, kita telah maklumkan kepada polis dan polis paham serta kita akan beri kerjasama sepenuhnya," kata Imran kepada pemberita.
Imran berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat yang dilaporkan sedang melakukan siasatan terhadap Jamal ekoran konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam Sabtu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment