Write For Us

Peguam sahkan cek RM1.4j sudah jelas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Peguam Americk Sidhu mengesahkan nombor akaun yang digunakan pada cek RM1.4 juta yang diterima anak guamnya, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
Mengesahkan kepada Malaysiakini, Americk tampil membuat pengesahan itu selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu.
Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan menambah bahawa cek berkenaan ditulis di hadapannya, namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek itu.
Nasrudin sebelum ini mendakwa kawan-kawannya cuba menyemak nombor akaun pada cek yang ditular itu dengan memindahkan duit RM5 dan RM1, namun tidak berhasil.
Pengguna media sosial juga mempertikaikan nombor akaun itu yang dikatakan hanya mempunyai 10 digit berbanding nombor akaun Bank Islam biasa yang mempunyai 14 digit.
Nombor akaun itu dipaparkan dalam salah satu dokumen yang disiarkan dalam artikel Sarawak Report semalam.
Artikel itu bagi menafikan dakwaan yang mengatakan Abdul Hadi belum membayar Clare bagi penyelesaian luar mahkamah saman fitnah yang difailkan presiden PAS itu.
Clare berkata dia sebelum ini setuju dengan syarat yang diminta Abdul Hadi agar kedua-dua pihak merahsiakan bayaran berkenaan.
Bagaimanapun, kata Clare, dia tidak dapat lagi merahsiakan perkara itu apabila Setiausaha Agung PAS Takuyuddin Hassan menegaskan tiada bayaran yang dibuat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment