Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos meludah tangannya dahulu sebelum ingin meludah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jamal dalam ucapannya di Kapar semalam, ingin meludah tangan bekas perdana menteri itu sekiranya bertemu sekali lagi, kerana sebelum ini beliau pernah mencium tangan Dr Mahathir satu ketika dulu.
Dalam satu kenyataan, Khairuddin, yang melabelkan Jamal sebagai 'budak samseng kampung' mempersoalkan sifat kurang ajar oleh kumpulan Baju Merah yang mendapat sokongan dari UMNO.
Jelas Khairuddin lagi, beliau juga tidak pernah bertindak kurang ajar mahu meludah muka atau tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, beliau hanya mahu melawan Najib mengikut saluran undang-undang dengan membuat beberapa laporan polis dan juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Khairuddin, kenyataan Jamal itu mengaibkan serta memalukan bangsa Melayu.
Tambahnya, sikap Jamal ini akan membuatkan rakyat pelbagai bangsa lebih benci kepada UMNO dan BN menjelang PRU-14 nanti.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment