Write For Us

Nak ludah tangan Tun M hanya kiasan, anggap Khairuddin 'nyamuk' - Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menganggap bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai 'nyamuk' yang tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.
Jamal menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mahu meludah di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad jika bertemu sekali lagi, hanya gambaran 'kiasan' di mana kekesalannya terhadap bekas Perdana Menteri itu yang kini mengkhianati negara.
"Saya anggap dia sebagai nyamuk sahaja. Beliau hanya macai dan budak suruhan Tun Mahathir sahaja"
"Beliau bankrap pun Tun Mahathir yang tolong. Jadi dia ini saya anggap sebagai kucing kurap sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan majlis taklimat Merah V2 di Ampang, petang semalam.
Sebelum ini, Khairuddin mencabar Jamal meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Dr Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment