Write For Us

Ismail Sabri perjelas kenapa Khairuddin dikompaun hanya RM1,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Dalam sidang media PKPP hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memperjelaskan isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali yang dikompaun hanya RM1,000 kerana ingkar perintah wajib kuarantin Covid-19 selepas pulang dari luar negara.

Jelas Ismail, KKM hanya boleh kompaun seseorang individu maximum RM1,000.

Katanya, perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah.

Namun beliau tetap menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk disiasat.

Terdahulu, KKM telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada Khairuddin setelah didapati ingkar arahan kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Bagaimanapun hukuman tersebut mendapat kritikan kerana dikatakan tidak setimpal dan berat sebelah ekoran jawatannya dalam kabinet.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment