Write For Us

Curi REE: 'Kenapa Sanusi bagi warga China masuk hutan lepas dikompaun?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
27 Views
Published
Saifuddin Nasution Ismail hari ini terus mempersoalkan Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kaitannya dengan seorang warga China yang kononnya dikaitkan dengan kecurian unsur nadir bumi di Kedah.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, warga China itu sebelum ini ditahan dan didenda RM630,000 pada Januari tahun ini selepas ditangkap kerana menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang dengan lebih 380 beg bijih nadir bumi.

Dalam sidang medianya hari ini, Saifuddin mempersoalkan mengapa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Sanusi, melalui surat bertarikh 15 Mei membenarkan syarikat milik warga China yang sama memasuki petak yang sama dalam hutan simpan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment