Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP tidak sepatutnya terus memasuki Bazar Ramadan Bandar Kluang kerana mereka tidak dialu-alukan di situ, kata Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.
"Kalau rumah kita orang nak masuk, kita tak benarkan, maka kena hormatlah. Takkan dah orang tak bagi masuk, kita nak masuk juga.
"Ketua (Umno) bahagian Kluang sudah explain, dia marah kepada tindakan DAP yang suruh tutup bazar Ramadan itu satu ketika dulu masih memberi kesan. Tiba-tiba hari ini you datang balik, dia marah. Dia tak bagilah, lepas itu you provoke. Ini gaduhlah," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata bazar Ramadan itu sememangnya dikendalikan oleh anggota-anggota Umno Kluang.
"So if the organiser kata tak boleh, tak bolehlah. Serupa juga kalau dia nak berniaga, dia ada permit, ada lesen. So kalau orang tak bagi berniaga, you berniaga, orang marah juga," katanya.
Razali, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Subang, dalam satu majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk asal Muar.
Pada 10 Jun lalu, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan berkenaan ketika mengagihkan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di situ.
Ini adalah kali kedua Liew dihalau keluar dari bazar yang sama, sejak 2014.
Awal hari ini, BH Online memetik Ketua Bahagian Umno Kluang, Md Jais Sarday yang menuduh DAP memulakan isu itu pada tahun 2007, dengan mendakwa DAP menggesa bazar itu dipindahkan ke tempat lain.
Razali berkata mereka perlu mengambil kira perasaan peniaga sebelum mengedarkan sesuatu secara percuma.
"Waktu saya di Muar, saya pun bagi (kurma percuma). Kita akan tanya dulu, sebab kamu mesti ingat sesetengah peniaga menjual kurma.
"Kalau seseorang datang dan beri kurma percuma, yang jual kurma akan terjejas, sebab orang akan dapat free. Macam kita bagi selalu kuih raya. Itu kita kena pastikan kawasan itu tiada orang jual kuih raya. Kalau saya bawa 1,000 bekas kuih raya dekat kawasan orang jual kuih raya, mesti orang jual kuih raya marah," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment